Thursday, March 25, 2010

Mabruk alaikum

Tuan Mohd Uwais al-Qarni

Alfun mabruk dari kami adik beradik hafs kepada nur syafikah bt thoifur dan pasangannya Tuan Mohd Azman di atas kelahiran cahaya mata yang pertama pada 13 march 2010 yang lalu pada jam 1.00 pagi..putera yang dilahirkan diberi nama tuan mohd uwais al-qarni bin tuan mohd azman..moga dengan kelahiran cahaya mata akan menambah barakah dan rahmah didalam masjid yang dibina..

Mabruk juga kepada nurul akhma ramlan dan pasangan diatas kelahiran puteri sulung mereka yg diberi nama nur hafizah..makluman lanjut akan dikemaskini :)

Wednesday, October 14, 2009

Muslimah Yang Dikasihi

"MUSLIMAH YANG DIKASIHI.....

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu.......
Nasihat buat diriku yang dhaif dan diri kalian yang bernama WANITA.

Sumber : Wardah Sufi, Shaafiqah Idris


Monday, October 12, 2009

Biah Solehah Atau Biah Tolehah

Tajuk di atas sengaja dipilih pada kali ini untuk sama-sama dinilai dan difikir oleh teman-teman sekelian selaku manusia-manusia yang bertaraf hamba kepada tuhan-Nya, ingin hidup di dalam satu biah atau suasana yang dipayungi oleh rahmat Allah s.w.t.

Selain itu, ia merupakan langkah berterusan ke arah dakwah melalui media elektronik seperti blog dan sebagainya untuk memberi kesedaran kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mewujudkan biah solehah di tempat masing-masing. Penulis turut postkannya ke dalam blog rasmi Unit Biah Solehah PMRAM untuk perkongsian bersama.

Persoalan biah yang berada di tempat kita sudah betul-betul solehah atau tidak perlu dilontarkan ke dalam benak hati kita untuk dinilai, diteliti dan dimuhasabah. Mungkinkah apa yang berada di persekitaran kita telah mampu membentuk peribadi kita selaku penuntut-penuntut ilmu Allah s.w.t ataupun di dalam apa jua lapangan bidang yang dahagakan sebuah suasana yang diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t. ataupun sebaliknya.

Sebenarnya, proses pembentukan sesebuah masyarakat madani yang bersifat rabbani perlukan sebuah biah yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Sirah al-Nabawiyyah telah membawa kita menyelusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w. yang mana baginda telah ditarbiyyah oleh Allah s.w.t. di dalam suasana yang dijaga dan dipelihara oleh Allah s.w.t..Kesulitan, kepayahan, pengorbanan, mehnah yang baginda tempuhi telah melahirkan rasulullah s.a.w. sebagai manusia 'Mukhtarah' (pilihan) sepanjang zaman.

Begitu juga, baginda telah mendidik para sahabat baginda hingga mereka semua yang lahir sebagai manusia yang sangat tinggi sifat tanggungjawabnya terhadap amanah Islam serta tersangat tinggi pengabdiannya kepada Allah s.w.t inilah hasil suasana yang dibina oleh Rasulullah s.a.w secara iltizam dan istiqamah hingga mampu melahirkan figure-figure yang sangat hebat di dalam memartabatkan kesyumulan Islam di atas muka bumi ini.

Pernahkah kita mengimpikan suasana biah usrah yang sentiasa mekar di sekeliling kita, ataupun suasana di mana rakan-rakan kita sentiasa dengan senyuman dan salam di saat berjumpa, bermuamalah di dalam suasana yang muhibbah dengan penuh adab yang dijaga, menjaga akhlak-akhlak Islam dengan penuh istiqamah, serta tidak melampaui batas di dalam apa jua yang mereka lakukan. Tidakkah ini menjadi satu impian kita?

Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani pernah mengambarkan suatu kepincangan yang berlaku di dalam kehidupan makhluk tuhan bernama manusia baik perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya dengan katanya: "Di dalam masyarakat binatang tiada manusia jalang, tetapi di dalam masyarakat manusia ada binatang jalang". Golongan yang dilabelkan inilah menjadi perosak kepada suasana yang ingin kita capai dan realisasikan!.

Teman-teman…apakah tidak ada kekuatan di dalam diri kita untuk mengubah semua itu…kita punyai potensi dan kekuatan sebenarnya untuk membina biah yang kita impikan dengan kesatuan yang kita ada sekarang. Gunalah kesempatan yang kita ada bersama PMRAM untuk terus membina paradigma, Qudwah dan himmah agar masyarakat yang kita impikan dapat kita realisasikan.

Kita umpama benih-benih yang subur, namun apakah yang mampu kita lakukan untuk memastikan benih ini tumbuh mekar menjadi bunga-bunga yang indah dan cantik untuk merasai keindahan dan keadilan Islam itu sendiri tanpa bumi/ tanah yang juga subur untuk kita tanami benih itu dan bajainya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sebarkanlah salam, Berilah makanan kepada (orang yang memerlukan), teguhkanlah silaturrahim, dan bersolatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur"

Akhirnya, semoga kita yang berada di bumi Ardul Kinanah ini khususnya dan sesipa juga yang cintakan Islam di seluruh dunia, agar terus menyemarakkan obor semangat berteraskan kefahaman untuk memperkasakan biah solehah semampu kita. Biarlah orang memandng ia remeh, tetapi bagi kita, walaupun hanya sekadar memberi seekor anjing yang kehausan minum itupun,ia tetap dikira sebagai satu amal kebajikan yang akan dihitung oleh Allah s.w.t. insyaAllah.

Pak Hamka pernah berkata: "Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menjuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya".

"Salam Perjuangan, salam ukhuwwah, dan selamat merealisasikan biah solehah"!

Hasil Canaian Idea

Mengurus Waktu Mengulang Quran

Masa bukanlah emas sebab masa tidak boleh dijual beli. Masa sebenarnya adalah degupan jantung anda. Masa adalah nyawa anda, kehidupan anda. Sebanyak mana masa berlalu, kita semakin menghampiri kematian.

Penghafal Al Quran perlu bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulang Al Quran dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam mengingati Al Quran. Tidak kira samada anda menghafal secara sempurna 30 juzu' atau sekadar beberapa juzu' atau sekadar menghafal beberapa surah pilihan. Sebagai Penghafal Al Quran anda perlu :

Pastikan waktu untuk membaca dam mengulang Al Quran lebih daripada 3 jam sehari selain daripada waktu kelas. Malah untuk kesan yang lebih baik, anda perlu mengulang sehingga 5-7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5-7 jam ini bukanlah mengulang secara berterusan selama 5-7 jam. Anda mungkin mampu mengatur masa seperti mengulang 1 jam sebelim waktu subuh, 2 jam pada waktu petang dan 3 jam pada waktu malam. Ini menjadikan waktu anda bersama Al Quran adalah 6 jam sehari.

Sememangnya dimaklumi bahawa tahap kodentrasi atau tumpuan mengulang setiap individu adalah berbeza. Ada individu yang boleh menumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20-30 minit. Jangan paksa atau menyeksa diri anda, sekiranya anda merasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika, iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu, sambung semula pengulangan anda. Untuk lebih memantapkan ingatan, sebelum mengulang yang lain, cuba imbas surah-surah atau ayat-ayat yang telah anda ulang sebelumnya.

Jangan letakkan matlamat mengulang dengan jumlah terlalu besar, biar sesuai dengan tahap ingatan dan kemantapan hafalan. Jumlah mukasurat, maqra', surah dan juzu' yang mahu diulang mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskan dalam masa yang ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk mengulang 1 juzu’ yang kurang lancar dalam masa 30 minit adalah tidak realistik (pada pandangan saya). Sebaliknya matlamat untuk menghabiskan dan melancarkan 4 maqra’ atau setengah juzu' yang kurang lancar adalah lebih munasabah dan boleh dicapai. Sekiranya matlamat yang ingin dicapai terlalu besar dalam masa yang agak singkat, dibimbangi akan memberi tekanan dan lebih tertumpu untuk menghabiskan pengulangan semata-mata tanpa betul memantapkan hafalan. Hasilnya, hafalan tidak betul-betul lancar dan tidak kekal lama.

Sediakan jadual mengulang atau perancangan mingguan tentang bilangan juzu’ yang mahu diulang. Ini adalah sangat penting kerana dengan adanya jadual ini maka anda tahu berapa bilangan juzu’ yang perlu anda habiskan setiap minggu bagi mengekalkan hafazan.

Sediakan senarai tugas harian (to do list) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang anda mahu lakukan pada esok hari. Tentukan tahap kepentingan (aulawiyat) setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Sebagai penghafal Al Quran, utamakan pengulangan Al Quran daripada aktiviti anda yang lain kerana anda perlu “put first things first”.Ini kerana Nabi S.A.W pernah menyatakan di dalam sebuah hadis bahawa Al Quran yang dihafal adalah seperti unta. Sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi ia akan lari. Begitu juga Al Quran yang dihafal, sekiranya tidak diulang, ia akan hilang daripada ingatan.

Rekodkan progress anda pada sebuah 'buku catatan khas'. Setakat mana anda telah menjayakan perancangan pengulangan Al Quran anda?? Tandakan setiap juzu’, surah yang diulang dengan lancar dalam senarai “to do” anda. Harus diingat, hal ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Walaupun telah lancar, Al Quran perlu diulang bagi mengekalkan kelancaran hafalannya. Pengulangan yang terbaik bagi mengekalkan kelancaran hafalan adalah dengan mengulang di dalam solat kerana bacaan Al Quran yang paling baik adalah di dalam solat.

Cuba hargai diri anda dengan mengganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik mengulang yang berkesan. Mengulang 1 jam dengan penuh tumpuan adalah lebih baik daripada mengulang 3 jam dengan fikiran melayang.

Cuba untuk fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa mengulang anda terhadap proses “recall” iaitu mengingati semula apa yang telah diulang kerana ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran bertahan lama.

Gunakan Al Quran kecil atau mengulang dengan rakan untuk memenuhi masa diantara kelas, ketika menunggu bas, selepas rehat, sebelum masuk kelas dan lain-lain. Sekiranya dihitung masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya adalah 1-2 jam sehari. Oleh itu manfaatkan masa ini dengan mengulang Al Quran.

Tahukah anda sekiranya anda mengulang secara konsisten cuma 1 jam sehari selain waktu kelas, ini bermakna anda hanya mengulang Al Quran yang anda hafal selama 15 hari sahaja dalam setahun?? Ke mana perginya 365 hari hari lagi masa anda??

Tidak ada guna anda bersusah payah menghafal tetapi sekadar mengulang ayat-ayat yang sering dibaca dan ayat-ayat yang popular sahaja...

Fikir-fikirkan…

Jagalah Al Quran dengan sebaiknya, Insya'Allah Allah akan menjaga sesiapa yang menjaga kalam-Nya.

Hasil Canaian Idea
Pena Da'ie
Muhammad Zul Ikhwan
Shoubra, Al Qahirah, Egypt

Sunday, October 11, 2009

Perkahwinan Kyairol Nizam


Gambar Perkahwinan Fakhruddin



Info Terkini HAFS

------------------------------------------

[Majlis Walimah Mohd Fadhil Hasanuddin pada] :
- Sabtu, 17 Oktober 2009
- 12pm-4pm
- Shah Alam

------------------------------------------
[Gambar Perkahwinan Fakhruddin & Nurul Izzah]
>>> Klik Di Sini

------------------------------------------
[Gambar Perkahwinan Kyairol Nizam & Marissa] >>> Klik Di Sini

------------------------------------------
[Gambar Perkahwinan Syaibani & Amalina] >>> Klik Di Sini

Site Info

Author

Twitter

 

Huffazul Furqan as Solihun Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa